TEAM CYCLING IKM SUNGAI PETANI BERSAMA KOMUNITI

Seramai 5 orang Staf IKMSP dari team utama berbasikal IKM Sungai Petani telah menyertai Program "JOM KAYUH GEREK YAN 2.0 2018" Sempena Hari Polis Negara bertempat di Dewan Dato' Zamri IPD Yan Kedah pada 7 Julai 2018 bermula 7.00 pagi. Program ini juga telah melibatkan penyertaan dari agensi-agensi kerajaan/swasta, NGO, masyarakat sekitar Yan dan seluruh pelusuk team berbasikal negara. Sejauh 50 kilometer perjalanan berbasikal melintasi cabaran laluan sawah padi kebun, dusun, kaki gunung jerai, kampung desa dan pekan Yan. Semoga jalinan muhibah melalui aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim serta berkongsi pengalaman antara komuniti dan agensi-agensi terlibat.

Syabas!!! team Merchik Cycling IKM Sungai Petani!!

 

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search