PERTANDINGAN PETANQUE MERDEKA 2018 PIALA PENGARAH KOLEJ MARA KULIM , KEDAH D.A

 

Pasukan #petanquepro IKM Sungai Petani telah berjaya memperoleh Johan keseluruhan bagi kategori Petanque Lelaki (Tripple) dan Petanque Wanita (Tripple ) terdiri daripada 30 pasukan yang telah menyertai kejohanan kali ini di kalangan pusat-pusat IPMA (MARA) dalam Negeri Kedah/Pulau Pinang Utara . Latihan intensif serta perkongsian tektikal sebelum pertandingan telah membuahkan hasil daripada kerja berpasukan jua komunikasi keserasian dalam pasukan.Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi satu suntikan semangat kepada pemain-pemain dari kalangan warga kampus IKM Sungai Petani samada dari staf mahupun pelajar bagi melahirkan pemain petanque yang mantap ,unggul dan cemerlang berteraskan aspek teknikal ( skill ) ,tektikal ,mental serta fizikal. Tahniah dan syabas!! buat semua atas pencapaian ini.

 

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search