DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (PENDAWAI PW4)

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan elektrik yang meliputi kerja-kerja penyeliaan, pendawaian, penyelenggaraan dan pentauliahan peralatan elektrik termasuklah kabel overhed dan kabel bawah tanah (voltan rendah). Pelajar turut akan dianugerahkan Diploma Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia setelah tamat pengajian.
Image

Prospek Kerjaya :

Chargeman, juruteknik dalam sektor awam dan swasta.


Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Lulus Bahasa Melayu (dan Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

2) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran Matematik / kumpulan Sains / Vokasional & Teknologi.

3) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran lain.

4) Tidak Rabun Warna.

 

Tempoh Pengajian ialah selama 36 bulan (3 tahun).

 

ATAU

Lulus Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lain dengan Perakuan Kekompetenan PW2.

 

Tempoh pengajian hanya 18 bulan.

 

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search