Piagam Pelanggan

IKM Sungai Petani berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan tumpuan terhadap perkara-perkara berikut :-

1.    Menguruskan pendaftaran setiap pelajar baru dalam tempoh masa dua (2) jam.

 

2.    Memastikan pembayaran elaun pelajar disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas dokumen pendaftaran lengkap diterima.

 

3.    Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa dua (2) minggu selepas tarikh akhir Mesyuarat Senat BKT.

 

4.    Memastikan setiap pelanggan yang  berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa lima belas (15) minit.

 

5.    Menjawab setiap panggilan telefon dalam tiga (3) deringan.

 

6.    Membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh masa empat belas (14) hari  bermula dari tarikh penerimaan invois lengkap.

 

7.    Memberi maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan surat dan aduan pelanggan.