Sejarah dan Pengenalan

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani (IKMSP) telah ditubuhkan pada tahun 1973 dengan tenaga kerja seramai 50 orang dan hanya menawarkan dua program sahaja iaitu program Sijil Teknologi Kimpalan dan Sijil Lanskap. Sehingga kini IKMSP telah berkembang dan menawarkan pelbagai program dan kini mempunyai tenaga kerja seramai 141 orang merangkumi pengajar dan khidmat pengurusan.

Penawaran program pendidikan dan teknikal disusun mengikut jabatan yang tertentu. Berikut adalah senarai program-program yang ditawarkan mengikut jabatan :

JABATAN BANGUNAN (KLUSTER AWAM)

1.            Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan

2.           Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur

3.            Sijil Teknologi Bekalan Air dan Pembentungan

4.           Sijil Senibina (Kluster Alam Bina)

 

JABATAN ELEKTRIK (KLUSTER ELEKTRIK)

1.            Diploma Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4)

2.            Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

3.            Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)

 

JABATAN SENI DAN REKABENTUK (KLUSTER SENI DAN REKABENTUK)

1.            Sijil Teknologi Rekabentuk dan Pembuatan Perabot

2.            Sijil Teknologi Upholstri dan Hiasan Dalaman

3.            Sijil Rekabentuk Grafik

 

JABATAN ELEKTRONIK (KLUSTER ELEKTRONIK)

1.            Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)

 

Struktur kurikulum juga turut mengandungi kursus-kursus dari Jabatan Pengajian Am yang menawarkan kursus-kursus bukan teknikal. Berikut adalah unit-unit yang berada di bawah Jabatan Pengajian Am :

JABATAN PENGAJIAN AM

    1.      Unit Matematik

    2.      Unit Usahawan

    3.      Unit Pengajian Islam

    4.      Unit Bahasa Inggeris

    5.      Unit Pengajian Malaysia

    6.      Unit Aplikasi Komputer.

Secara umumnya, Institut Kemahiran MARA Sungai Petani mempraktikkan sistem semester yang turut merangkumi kegiatan dan latihan industri. Para pelajar akan mengikuti pengajian selama empat semester termasuk latihan industri pada semester akhir.

Pelajar di program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) akan mengikuti pengajian selama empat semester dan menjalani latihan industri pada semester ketiga.

Pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) akan mengikuti pengajian selama enam semester dan menjalani lathan industri selama setahun iaitu pada semester ketiga dan kelima.

Dengan bantuan serta dorongan daripada pensyarah, konsep pembelajaran berasaskan hasil kini digunapakai bagi memastikan pelajar dapat gembaran yang lebih jelas berkenaan matlamat program yang diikuti. Pelajar akan lebih fokus dan terarah kepada keperluan dan kehendak kursus-kursus tersebut.