SIJIL REKABENTUK GRAFIK

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang rekabentuk grafik melalui pemahaman dalam proses percetakan digital dan manual selain kursus-kursus teras pelbagai disiplin yang menjadi asas kukuh dalam bidang rekabentuk grafik seperti grafik komputer, fotografi digital, pengiklanan, teknologi percetakan dan tipografi. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
Image

Prospek Kerjaya :


Pereka grafik, pereka pengiklanan, jurugambar dalam sektor awam dan swasta, usahawan


Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Lulus Bahasa Melayu (dan Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

2) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

Lulus SPM sekurang-kurangnya Bahasa Melayu (dan Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja).

 

Tempoh Pengajian ialah selama 24 bulan (2 tahun).

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search