SIJIL TEKNOLOGI BEKALAN AIR
DAN PEMBENTUNGAN

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi bekalan air dan pembentungan. Pelajar akan dilatih untuk mempunyai kemahiran bekerja secara individu serta berpasukan dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan paip dan sistem pembentungan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian. Pada penghujung program, pelajar turut akan memperolehi Sijil A1 yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Image

Prospek Kerjaya :


Kontraktor perpaipan, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan.


Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Lulus Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 yang diiktiraf atau setara

ATAU

Lulus Sijil Profesional GIATMARA.

 

Tempoh Pengajian ialah selama 24 bulan (2 tahun).

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search