SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA)

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan elektrik yang meliputi kerja-kerja penyeliaan, pendawaian, penyelenggaraan dan pentauliahan peralatan elektrik termasuklah kabel overhed dan kabel bawah tanah (voltan rendah). Pelajar turut akan dianugerahkan Sijil Chargeman Bertauliah (Kategori A1) oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia setelah tamat pengajian.
Image

Prospek Kerjaya :


Chargeman, juruteknik dalam sektor awam dan swasta


Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

2) Lulus Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

3) Tidak Rabun Warna

 

ATAU

 

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

Lulus SPM sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja).

 

Tempoh Pengajian ialah selama 36 bulan (3 tahun).

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search