SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan bangunan yang meliputi kerja-kerja menerap bata dan blok, konkrit dan ornamental, melepa (plastering), memapak (paving), memasang jubin (lantai dan dinding), membuat penganggaran, interpretasi plan serta pengurusan kontrak bangunan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
Image

Prospek Kerjaya :


Kontraktor bangunan, juruteknik bangunan dalam sektor awam dan swasta, usahawan


Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Lulus Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

2) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

 

ATAU

 

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

Lulus SPM sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja).

 

Tempoh Pengajian ialah selama 24 bulan (2 tahun).

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search