SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan lukisan struktur. Pelajar akan dilatih supaya mempunyai kualiti dan kemahiran yang sesuai dalam bidang lukisan struktur untuk menyokong industri berkaitan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian
Image

Prospek Kerjaya :

Pelukis Plan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Penyelia tapak, Juruteknik bangunan, Juruteknik Ukur Tanah dan Pelukis Plan Berkomputer


Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Lulus Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

2) Lulus Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan.

3) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.


ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

Lulus SPM sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja).

 

Tempoh Pengajian ialah selama 24 bulan (2 tahun).

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search