SIJIL TEKNOLOGI REKABENTUK
DAN PEMBUATAN PERABOT

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi rekabentuk dan pembuatan perabot yang memberi tumpuan terhadap penggunaan perisian CAD yang diaplikasikan kepada rekabentuk perabot kayu dan logam. Graduan akan berkemahiran dalam mengendalikan pelbagai jenis mesin yang digunakan dalam industri pembuatan perabot yang sebenar. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
Image

Prospek Kerjaya :


Pereka perabot, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan.

Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Lulus Bahasa Melayu dan Matematik (serta Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 yang diiktiraf atau setara

ATAU

Lulus Sijil Profesional GIATMARA.

 

Tempoh Pengajian ialah selama 24 bulan (2 tahun).

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search