SIJIL TEKNOLOGI UPHOLSTRI INDUSTRI
DAN
HIASAN DALAMAN

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi upholstri industri dan hiasan dalaman yang merangkumi kemahiran dalam pembangunan hasilan upholstri, trim automotif dan hiasan dalaman. Graduan akan berkemahiran untuk mengendalikan pelbagai jenis mesin dan bahan yang terlibat dalam industri upholstri dan hiasan dalaman. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
Image

Prospek Kerjaya :

Pereka upholstri, pereka hiasan dalaman, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan.



Kelayakan Pemohon :

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Lulus Bahasa Melayu (dan Sejarah bagi SPM 2013 dan seterusnya sahaja)

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 yang diiktiraf atau setara

ATAU

Lulus Sijil Profesional GIATMARA.

 

Tempoh Pengajian ialah selama 24 bulan (2 tahun).

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768.Hakcipta Terpelihara 2018 © Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Search